Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan wanita akan lebih menjaga penampilan selepas bercerai.

Individu itu turut mempersoalkan bukankah para wanita perlu berhias cantik untuk suami namun tidak melakukannya ketika berada di dalam perkahwinan.

BACA: Kongsi Gambar Tepi Pantai, Nadia Annuar Dipuji Makin Cantik

Hantaran individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk pengacara Nadia Annuar yang berpendapat kecantikan wanita tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga.

Menurut Nadia, jika lelaki tersebut sememangnya suka berlaku curang dan narsisistik dia akan tetap bersikap sedemikian meskipun berkahwin dengan wanita cantik.

Kata Nadia lagi, jika lelaki tersebut mempunyai fizikal kurang menarik namun mempunyai sikap ‘green flag’ sampai ke hujung nyawa wanita sanggup setia.

×