Pelakon Harissa Adlynn mendedahkan dia pernah didekati seorang aktor yang ketika itu sudah mempunyai teman wanita.
Memetik mStar Online, Harissa berkata meskipun dia bersikap ramah namun tidak memberikan layanan istimewa yang boleh membuatkan individu itu salah faham.
BACA: Harissa Adlynn Dakwa Digoda Pelakon Senior Sudah Bercucu
“Ada saja perkara seperti itu pernah berlaku. Saya tetap bersikap baik dan ramah., tapi tidak berikan perhatian lebih sehingga membuatkan mereka merasakan saya menyukai mereka,” katanya.
Sementara itu, Harissa berkata dia sentiasa bersikap profesional ketika di set penggambaran serta tidak campurkan hal peribadi dengan kerja.
“Bagi saya sangat penting untuk bersikap profesional di set penggambaran. Sekiranya satu hari nanti saya suka pasangan lakon sendiri pun, saya tak akan memulakan apa-apa ketika di set. Kalau ada apa-apa biarlah ia berlaku di luar set kerana saya sangat utamakan profesionalisme,” katanya.
Dalam pada itu, Harissa berkata dia menolak individu berkenaan bukan hanya kerana mahu menjaga batas tetapi dia memang tidak ada perasaan kepada individu itu.
“Saya menolak bukan sebab perkara lain, tapi kerana saya memang tak menyukainya. Kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu, bukan tahun ini. Saya memang tak layan perkara seperti itu,” katanya.
Sumber: mStar Online