Raf Yaakob Sokong Hubungan Fazley, DSV

Adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob tumpang bahagia melihat kebahagiaan abangnya yang kini dikatakan menjalin hubungan dengan Datuk Seri Vida.

Memetik mStar Online, Raf berkata dia sentiasa menyokong apa yang membahagiakan abangnya dan turut bersedih seandainya Fazley sedih.

BACA: “Pertama Kali Luahkan, Vida Sangat Terkejut” – Fazley, DSV Sah Bercinta

“Bagi saya kalau dia bahaia, saya pun bahagia. Kalau dia sedih, saya pun sedih. Itu saja,” katanya.

Sementara itu, Raf berkata dia belum pernah bertemu Vida dan tidak pernah duduk bersembang.

“Saya sebenarnya tak pernah berjumpa Datuk Vida lagi. Kalau dekat acara itu berbeza. Bukan atas kapasiti duduk bersembang, itu tak pernah lagi,”katanya.

Terdahulu, Fazley memberitahu dia nekad untuk meluahkan perasaan terhadap usahawan Datuk Seri Vida pada Jun lalu.

Sumber: mStar Online

×