Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur kucing kesayangannya, Kilau yang dilaporkan hilang sejak semalam akhirnya pulang ke rumah dengan selamat.
Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan berkata kucingnya pulang sendiri kira-kira jam 5.20 pagi selepas dia membiarkan pintu dapur terbuka semalaman.
BACA: Usia Cecah 50 Tahun, Azhan Rani Belum Sedia Kahwin
“Alhamdulillah, syukur Allahuakbar. 5.20 pagi Kilau balik sendiri. Tiba-tiba dengar suara dia. Semalaman biarkan pintu dapur terbuka. Terima kasih atas doa dan perhatian ramai yang mendoakan Kilau pulang,” katanya.
Sementara itu, Azhan turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sanggup membantu mencari Kilau.
“Terima kasih adik saya yang hampir setiap jam meronda mencari Kilau dari semalam. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membantu mencari serta mereka yang mendoakan Kilau dari hadapan Kaabah. Allah angkat doa kalian. Syukur Kilau pulang sendiri dengan selamat,” katanya.