Pelakon Rozita Che Wan berkata dia memilih untuk memberi nasihat kepada anak lelakinya iaitu Ammar Effendy berbanding kepada menantunya, Auni Yasmin.

Memetik Astro Gempak, Che Ta berkata suami adalah ketua dalam perkahwinan dan jika anaknya boleh mengemudi dengan baik pasti isteri akan menjadi yang terbaik.

BACA: “Saya Mak Mentua Dari Syurga…Kalau Cuti Nak Bangun Lambat, Bangunlah” – Che Ta

“Saya tak nasihat dekat menantu perempuan sebab punca utama daripada lelaki. Yang penting itu suami. Saya cakap suami yang mengemudi. You dapat isteri macam mana pun, kalau you pandai mengemudi, isteri you akan jadi yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Che Ta bersyukur anaknya dikurniakan isteri yang baik serta menitipkan pesanan kepada Ammar untuk setia dengan Auni serta melayan dengan baik.

“Alhamdulillah rezeki Ammar dapat Auni, memang budak baik. Cuma saya kata, you kena setia. Sayang isteri, layan dia yang terbaik. 

“Macam mana you nak dilayan oleh isteri, macam itu jugalah you kena layan isteri. You tak akan dapat apa yang you tak bagi,” katanya.

Dalam pada itu, Che Ta berkata dia tiada nasihat untuk menantunya serta menyifatkan Auni seorang anak yang baik.

“Saya rasa Auni anak yang baik, isteri yang baik. Jadi saya tak ada apa nak nasihat dekat Auni pun.

“Dekat anak saya itu yang penting. Sebab dalam rumah tangga, ia bermula dengan lelaki, bukan bermula dengan perempuan atau isteri. Kalau suami itu bagus, insya-Allah harmonilah rumah tangga,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×