Sudah dua kali menyertai acara kecergasan Hyrox, pelakon Amir Ahnaf berkata dia sememangnya aktif bersukan sejak kecil lagi.
Memetik mStar Online, Amir berkata dia pernah bergelar atlet ragbi Terengganu malah terpilih untuk Sukan Malaysia (Sukma).
BACA: Amir Ahnaf Tolak Watak Hang Tuah, Minta Tempoh 10 Tahun Lagi
“Sebenarnya saya bekas pemain ragbi Terengganu, pernah terpilih untuk sukan Malaysia (Sukma) dan juga barisan pemain Malaysia.
“Saya sertai Hyrox sebab dah penat sakit-sakit badan. Jadi saya rasa dah tiba masanya untuk kembali sihat. Jadi kekuatan itu datang daripada darah Terangganu,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tanggapan netizen bahawa Hyrox sebagai sukan fomo serta sukan untuk golongan T20, Amir berkata setiap individu berhak memilih sukan yang mereka minati.
“Kalau itu minat kita, buat sajalah. Saya dah tak boleh main ragbi sebab alami kecederaan pada ibu jari, jadi saya ambil inisiatif lain dengan sertai Hyrox.
“Orang nak kecam atau cakap ini sukan T20, itu terpulanglah pada mereka. Semua hak masing-masing, guna duit sendiri. Yang penting kita fokus pada kesihatan,” katanya.
Sumber: mStar Online