Pelakon Abby Abadi menyifatkan lelaki yang kini rapat dengan anaknya, Marissa Dania iaitu Munir Akhunov seorang yang baik dan penuh adab.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Abby turut meminta agar memberi ruang kepada lelaki itu untuk berubah menjadi insan lebih baik.
BACA:“Terima Kasih Munir Bahagiakan Marissa” – Abby Abadi
“Bagilah ruang. Tiada manusia yang sempurna. Munir ni merantau ke Malaysia ikut agen. Dia sambung belajar dan bekerja di sini. Sekarang sambung degree. Baru sangat dia berkawan dengan anak saya tapi dah keluar cerita macam-macam. Cerita 2019 pun keluar semula,” tulisnya.
Sementara itu, Abby berkata isu kewangan yang dibangkitkan sudah pun selesai dan mendakwa Munir telah pun membayar semula hutang.
“Biasa lah budak muda, berkawan, bercinta tapi tak jadi. Perkara itu biasa itu biasa sebab kita pun pernah muda. Tapi perkara itu tidak sepatutnya jadi ungkitan.
“Pinjam meminjam itu dah dibayar semula. Munir kata dia datang ke Malaysia semasa antara umurnya 18 hingga ke 19 tahun. Logiklah dia tidak apa-apa pada ketika itu. Dia pun dah bayar semula, nak macam mana lagi?” katanya.
Dalam pada itu, Abby berkata tiada manusia yang terlepas melakukan kesilapan serta menitipkan pesanan kepada Munir untuk buktikan dirinya bukan sedemikian.
“Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Untuk Munir, macam saya cakap dekat awak, buktikan yang awak tidak seperti yang mereka katakan dan untuk Marissa jaga diri,” tulisnya.