“Banyak Mesej Tanya Punca Cerai, Orang Luar Tak Perlu Tahu” 

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana meminta orang ramai supaya berhenti memuat spekulasi mengenai punca perceraiannya dengan pelakon, Yusof Bahrin.

Memetik HibGlam, Zizi berkata orang akan berkata apa saja mengenai punca rumah tangga mereka berakhir, namun dia tidak gemar berkongsikan kisah peribadi kepada umum.

BACA: “Tak Menyesal Berkahwin…Ujian Allah Bagi Untuk Melepaskan Apa Yang Kita Sayang”

“Orang akan sentiasa bercakap. Saya tak boleh nak tutup mulut orang dan halang cara orang berfikir. Ketika hari bercerai pun, saya dapat banyak mesej yang bertanya apa punca saya bercerai.

“Tetapi bagi saya, orang luar tak perlu tahu. Cukup sekadar mereka tahu bahawa hubungan kami sampai di sini sahaja.

“Kepada orang di luar sana, demi menjaga kesihatan mental anda sendiri, tak perlulah buat spekulasi dan berteka teki punca pencarian saya,” katanya.

Sementara itu, Zizi turut meluahkan rasa terharu orang ramai mendoakannya selepas perceraiannya dan memberikan komen yang baik-baik.

“Saya sangat berterima kasih kerana ramai yang mendoakan saya ketika itu. Saya sampai terkejut. Comelnya mereka doa dan komen yang baik-baik untuk saya,” katanya.

Rumah tangga Zizi dan Yusuf hanya bertahan selama tiga tahun selepas sah bercerai talak satu pada 2 April lalu. 

Sumber: HibGlam

×