Pelakon Rita Rudaini terhibur membaca respon anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin selepas tular komen mengenai bapanya.
Menerusi hantaran di Threads, Rita berkata dia tergelak melihat komen anaknya itu serta menegaskan dia tidak pernah mengajar anaknya memberi jawapan seperti itu.
BACA: Netizen Petik Nama Aidil Zafuan, Anak Rita Rudaini Respon – “Siapa Tu Tak Kenal?”

“Allahu. Tapi slay anak mommy. Izinkan saya gelak guling-guling. Sorry, saya tak ajar tau,” tulisnya.
Terdahulu, dalam satu hantaran di TikTok, Airit ada memuat naik gambar memaparkan kejayaannya itu. Diruangan komen ada netizen yang mengaitkan kejayaannya itu adalah faktor didikan daripada bapanya, Aidil Zafuan.
Airit seolah memberi respon kepada hantaran berkenaan dengan mempersoalkan siapa individu yang dimaksudkan oleh pihak tersebut.