“Datuk Red Senang Dah Kahwin, Saya Nak Kahwin Susah”

Penyanyi Adira Suhaimi berkata perkahwinan tidak menjadi keutamaannya buat masa ini kerana memilih untuk menunggu keputusan pengesahan rujuk yang difailkan bekas suaminya, Datuk Red yang belum selesai.

Memetik Oh Bulan, Adira berkata berkata kes tersebut perlu diselesaikan dahulu dan jika dia mahu berkahwin pun agak sukar kerana prosiding masih lagi berjalan.

BACA: Adira Tak Terkejut Datuk Red Bakal Kahwin Lagi

“Saya macam mana nak kahwin? Kes ini pun belum selesai lagi. Dia (Datuk Red) senang dah kahwin, kita nak kahwin susah. Kena selesaikan semua ini (prosiding mahkamah) ini dulu,” katanya.

Sementara itu, Adira berkata dia menerima segalanya dengan hati terbuka serta berharap dapat diselesaikan sepenuhnya meskipun memakan masa lama.

“Siapa yang tak penat turun naik mahkamah? Tapi saya anggap ini memang prosesnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Terdahulu, Datuk Red sah bernikah buat kali keempat dengan wanita pilihannya, Rohanita merupakan seorang usahawan.

Sumber: Oh Bulan

×