Perkongsian pempengaruh media sosial, Marissa Dania memuat naik momen bersama ibunya, Abby Abadi di sebuah restoran seolah memberi bayangan hubungan mereka baik sahaja.
Menerusi hantarna berkenaan, Abby duduk bersebelahan dengan anaknya dan turut kelihatan penyanyi Azza Elite turut serta bersama.
BACA: “Semoga Allah Berikan Abby Abadi Ketenangan Dalam Dirinya”

Melihatkan hantaran tersebut, rata-rata netizen gembira melihat momen berkenaan apatah lagi hampir seminggu diperkatakan mengenai isu mereka.
Sementara itu, Abby dilihat memuat naik hantaran mengatakan dia tidak bersengketa dengan anaknya itu dan hantaran dimuat naik sebelum ini bukan ditujukan kepada Marissa.
“Saya tak gaduh pun dengan anak saya. Saya tuju haritu untuk mereka bukan untuk Marissa. Kalau baca betul-berul mesti faham,” tulisnya.