“Semoga Allah Berikan Abby Abadi Ketenangan Dalam Dirinya”

Pelakon Raja Azura mendoakan agar sahabatnya, Abby Abadi diberikan ketenangan dan kemelut dengan anaknya, Marissa Dania dapat diselesaikan dengan baik.

Memetik Astro Gempak, Azura berkata dia melihat Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim membesarkan anak-anak mereka dengan didikan yang baik.

BACA: Allah Tak Tidur, Nampak Semua Pengorbanan” – Fatin Afeefa ‘Support’ Bisnes Online Abby Abadi” 

“Saya doakan semoga Allah SWT memberikan Abby Abadi ketenangan dalam dirinya dan sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Insya-Allah, dia akan berdamai dengan keluarganya.

“Keluarganya semuanya dididik dengan baik. Dia sendiri mendidik anak-anaknya dengan baik, begitu juga Norman. Sebelum ini saya juga pernah melihat bagaimana keluarga mereka bersatu. Insya-Allah, pasti ada jalan,” katanya.

Sementara itu, Raja Azura berkata seorang ibu yang perlu menjaga emosi dan kesihatan mental ketika berdepan dengan ujian serta paling penting untuk menjaga diri sendiri.

“Dalam situasi sebagai seorang ibu, apa sahaja yang berlaku, jangan ambil hati dan jangan simpan dalam hati. Sebab yang paling penting ialah kita perlu menjaga diri sendiri, hati dan mentaliti kita.

“Kalau kita sayang pada diri sendiri, jagalah diri kita. Sebab orang lain tidak akan mampu menjaga diri kita melainkan diri kita sendiri.

“Yakinlah Allah SWT sentiasa bersama kita dan Dia yang akan mempermudahkan urusan hidup kita sekiranya kita menjaga hubungan hati dengan-Nya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×