Pelakon Fathia Latiff mengakui menyesal melakukan prosedur kosmetik untuk dapatkan wajah lebih cantik namun memberikan kesan buruk pada kulit.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fathia berkata selepas dia melakukan rawatan berkenaan wajahnya menjadi rosak serta kedutan muncul kembali.
BACA: Fathia Latiff Syukur Dapat Job Dengan Aliff Syukri
“Saya menyesal sebab perubahan wajah saya sebelum ini memang ada buat botox, tapi kesannya tak lama. Muka akan jadi rosak, kedutan akan datang balik dan masalah beg mata pun muncul semula. Saya buat cara ‘cucuk’ dan sampai sekarang kesannya masih ada,” katanya.
Sementara itu, Fathia berkata kulit wajahnya kini semakin hilang keanjalan disebabkan faktor usia terutama di bahagian bawah mata, mulut dan pipi.
“Muka saya macam sudah tidak tegang termasuk bawah mata sebab umur pun sudah 39 tahun. Semua otot wajah sudah jatuh. Saya memang mahu tegangkan semula di bahagian mata, mulut dan pipi,” katanya.
Dalam pada itu, Fathia berkata dia memilih kaedah rawatan yang lebih selamat iaitu High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU). Fathia turut berpesan kepada mereka di luar sana untuk berfikir panjang terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa rawatan wajah.
“Sekarang saya guna cara semula jadi dengan melakukan rawatan HIFU. Memang kulit nampak lebih baik dan segar. Saya rasa cara ini lebih berkesan.
“Saya harap sebelum orang nak buat apa-apa prosedur wajah, fikir dahulu. Kerana bagi saya, ‘age gracefully’ menua dengan anggun adalah yang terbaik,” katanya.
Sumber: Utusan