Pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal ditahan selepas disyaki positif dadah jenis methamphetamine di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
Memetik Sinar Harian, pelakon wanita itu ditahan bersama 17 individu lain dalam serbuan dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam mengesahkan penahanan itu dan kes masih dalam siasatan.
“Saya sahkan (penahanan) dan masih dalam siasatan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian