Isteri kepada Datuk Red iaitu Rohanita memuat naik hantaran menyentuh hati mengenai suaminya yang berusaha untuk melangsaikan hutang.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Rohanita berkata suaminya menyedari dirinya seorang bapa yang gagal dan ramai membencinya.

BACA: “Terima Kasih Isteriku Menerima Lelaki Yang Gagal Segala-Galanya”

@rhnitaa

Ya Allah, Jika benar doa istri mampu menembus langit, maka izinkan aku merayumu dengan segala cintaku. Sebagaimana suamiku memuliakanku dengan segala cintanya. Maka muliakanlah ia dengan keberkahan hidup, kesehatan serta rezeki yang halal dan berlimpah. @abg red ? Jagalah hatinya agar selalu tenang, lapangkan langkahnya dalam setiap ikhtiar dan bahagiakanlah dia sebagaimana ia membahagiakanku setiap hari ?

? original sound – ABIZAR MUSIC – ABIZAR MUSIC

Kata Rohanita lagi, Datuk Red berkata dia malu untuk berkahwin dengannya namun usahawan itu berkata dia melihat usaha suaminya yang berusaha berniaga untuk membayar hutang.

“Dia tahu dia seorang yang bankrup, dia tahu dia seorang bapa yang gagal, dia tahu dia banyak hutang, dia tahu ramai membenci dia.

“Dia cakap dengan saya, malu nak kahwin dengan saya. Tapi saya nampak usaha dia. Saya tak ada bagi dia duit. Setiap hari dia akan cakap, ‘Abang nak bayar hutang.’

“Korang…masa dia dah tak lama. Dia tahu setiap hutang kena bayar. Setiap hari pagi sampai ke malam dia berniaga. Rindu anak-anak, dia tahan,” tulisnya.

Sementara itu, Rohanita berkata dia yakin suaminya mampu untuk melunaskan segala hutang serta meminta agar Datuk Red diberikan masa.

“Bagilah dia masa, saya yakin dia mampu akan lunaskan. Dia hanya perlu kekuatan dan semangat.

“Abang sayang, berdoalah agar abang sihat dan selesaikan tanggungjawab abang. Nita ada belakang abang… Nita tak pergi,” tulisnya

×