Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mendedahkan cerita untuk melariskan perniagaan.
Menerusi satu hantaran di Threads, Abby berkata jika ada yang tidak berminat dengan perkongsiannya untuk menyekat akaun media sosialnya.
BACA: “Allah Tak Tidur, Nampak Semua Pengorbanan” – Fatin Afeefa ‘Support’ Bisnes Online Abby Abadi”

Sementara itu, Abby turut hairan ada yang tidak suka dengan perkongsiannya tapi masih mengikuti media sosial miliknya.
“Ada yang kata saya keluar cerita ni sebab berniaga. Aduhai saya tengok ada je yang faham. Yang tak faham takpelah, abaikan je ok. Yang tak berminat pun block je senang. Cakap tak suka, tak minat tak ambil tahu, tapi follow kita.. dah kenapa,” tulisnya.
Dalam pada itu, Abby berkata dia mula berniaga secara atas talian sejak 2015 lagi dan bukannya mula berniaga selepas isu berbangkit. Jelas Abby lagi, dia sedar akan dirinya banyak tanggungjawab serta perlu bekerja setiap hari.
“Saya berniaga dari 2015. Masuk link, masuk video iklan, buat live tiap-tiap hari, tanpa henti! Mana ada sebab isu berbangkit je baru masuk iklan berniaga. Tiap-tiap hari kerja ye.. Saya ni hidup jenis sedar diri, banyak tanggungjawab. Tak suka block ok,” tulisnya.