Penyanyi dan pelakon Abby Abadi menjadi perhatian apabila memuat naik hantarn menjawab pertanyaan netizen di Insta Story.
Menerusi hantaran tersebut, ada netizen bertanya sama ada dia menerima jemputan ke majlis hari jadi Marissa Dania ke-21.
BACA: Abby Abadi Nafi Dengki Dengan Anak Sendiri
Abby berkata ada pihak yang ‘forward’ jemputan berkenaan kepadanya namun dia merasakan tidak mahu hari ada sebab tertentu.

Sementara itu, dalam hantaran lain ada netizen bertanyakan mengenai hantaran Norman berbentuk dua kerat.
Abby menjawab perkara itu perlu ditanyakan kepada Norman dan bukan dirinya serta meminta mengingatkan mengenai tanggungjawab terhadap anak sepatutnya sejak dari kecil lagi.


Dalam pada itu, Abby berkata ketiga-tiga anaknya kini sudah dewasa dan baginya tidak mengapa jika mereka tidak mahu lagi dengannya kerana bapa mereka sudah kaya.