Pelakon Rita Rudaini tampil mempertahankan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin yang berjaya memecahkan rekod Kejohanan Olahraga MRSM Kebangsaan 2026 baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu berkenaan didakwa memperkecilkan pencapaian anaknya itu.
BACA: “Tiada Kaitan Dengan Bapak Dia, Aku Yang Besarkan Mereka Sampai Boleh Berlari”

Tidak hanya berdiam diri, Rita berkata semua atlet akan bermula dari satu peringkat sebagai contoh pada awalnya dari peringkat sekolah.
“Semua atlet bermula dari satu peringkat. Tiada siapa terus lahir di MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia).
“Macam hang la, keluar dari perut mak hang bukan terus boleh bercakap atau berlari kan? Bodohnya. Laki siapa entah ni. Kasihan mak hang beranak anak bodoh,” tulisnya.
Bagaimanapun, komen daripada pelakon itu dipercayai sudah hilang dari hantaran berkenaan.
Sumber: Astro Gempak