Pelakon Meerqeen menafikan hantaran seorang individu yang mendakwanya bersama kekasih di satu acara yang dihadirinya.
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu memuat naik tangkap layar memaparkan Meerqeen bersama seorang wanita didakwa kekasihnya.
BACA: “Perempuan Malaysia Memang Tiada Taste Ke?” – Individu Label Meerqeen Muka Awam

Tidak hanya berdiam diri, Meerqeen berkata wanita tersebut bukan kekasihnya sebaliknya individu yang hadir dalam acara yang sama.
“Not to be defensive tapi awak tahu tak konsep event tu macam mana? Ramai orang ada dekat situ. And the girl is not my partner or whatever,” katanya.

Sementara itu, Meerqeen turut meluahkan rasa penat dengan spekulasi timbul serta meminta individu berkenaan berhenti dari mencari salah orang.
“Im tired of this shit. Pergi lah cari benda yang boleh happy kan hati. Jangan la cari salah orang je. I dont hate you but please, stop,” tulisnya.