Pelakon Hairul Azreen meluahkan rasa cinta terhadap isterinya, Hanis Zalikha dan tidak pernah menyesal memilih wanita itu sebagai pasangan hidupnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hairul turut mengatakan usahanya untuk melamar isterinya di atas pentas pada 2015 adalah keputusan terbaik.

BACA: “Ketika Ini Saya Sangat Gembira” – Hairul Azreen Takkan Berlakon Lagi

“Saya tak tau nak cakap macam mana yang saya sangat cinta dengan Hanis Zalikha. Bila tulis caption ini pun terasa nak nangis.

“Tak sia-sia saya berusaha melamar dia di atas pentas pada 4 Jan 2015 dan kami tunang 21 March 2015 dan kami Nikah 5 June 2015,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Hairul turut berkongsikan video isterinya hadir memberikan sokongan kepadanya ketika menyertai kecergasan di Jakarta baru-baru ini.

Hairul turut mengimbau kembali detik awal hubungan mereka dimana Hanis hadir memberikan semangat kepadanya.

“Saya masih teringat masa dia datang final Fear Factor 30/03/2013. I Love You baby very strong,” tulisnya.

×