Selain Pandai Wiring, Zara Zya Suka Lelaki Tak Merokok & Soft Spoken

Pelakon Zara Zya sekali lagi berkongsikan mengenai ciri-ciri lelaki kegemarannya selain pandai dalam melakukan wiring, dia sukakan lelaki yang tidak merokok.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara berkata dia juga sukakan lelaki yang bercakap lembut serta mengatakan seolah sukar untuk menemui lelaki yang tidak merokok.

BACA: “Bonus Kalau Pandai Mengaji” – Zara Zya Suka Lelaki Pandai Wiring, Buat Kerja Berat

“Selain dari pandai wiring, bertukang dan pandai buat kerja berat, saya juga suka lelaki yang tak merokok, vaping dan soft spoken. Macam dah tak wujud kan lelaki tak merokok?” katanya.

Terdahulu, Zara turut berkata jika lelaki tersebut pandai memasak serta mengaji ianya adalah satu kelebihan. 

×