Pelakon Julia Farhana menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tidak mengenakan hijab dengan kapsyen, “Jumpa diri sendiri dan tidak akan kehilangannya lagi.”
Memetik HibGlam, Julia berkata ia bukan keputusan mudah dan dia menyedari pasti akan ada yang memperkatakan mengenai tindakannya itu.
BACA: Pergi Salon Buat Rawatan Kening, Julia Farhana Dah Free Hair?

“Banyak perkara berubah dan saya sedang melalui satu fasa yang hanya diri saya sahaja faham. Saya tidak mengharapkan orang lain untuk memahaminya.
“Allah SWT tahu niat saya dan sudah tentu orang akan cakap ‘niat tidak menghalalkan cara’. Pastinya perjalanan memberi komitmen untuk terus berhijab adalah satu peralihan yang sangat besar.
“Saya tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku tetapi saya mahu mengambil masa buat diri sendiri untuk kali ini,” katanya.
Sementara itu, Julia berkata dia meminta ruang kepada orang ramai untuk terus belajar serta memperbaiki diri dan tiada niat untuk menormalisasikan perbuatannya itu.
“Saya mencuba sehabis baik, setiap apa yang dilakukan adalah demi Pencipta saya. Namun, pada akhirnya saya hanyalah seorang manusia biasa yang memerlukan masa untuk proses, belajar dan terus memperbaiki diri,” katanya.
Sumber: HibGlam