Pelakon Ozlynn Waty berkongsikan setiap pengalaman melahirkan cahaya mata mempunyai kesakitan berbeza tidak kira ianya secara normal mahupun pembedahan (czer).
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu berkongsikan pengalaman apabila ada pihak yang memperlekehkan ibu yang bersalin secara czer serta menganggap kelahiran normal dikatakan lebih merasai peluang menjadi seorang ibu.
BACA: “Saya, Ozlynn Nak Bagi Anak-Anak Rasa Susah Supaya Hargai Bila Dah Senang”

Membalas komen individu berkenaan, Ozlynn yang berkongsikan pengalaman bersalin secara normal, dia berdepan kesakitan yang sukar digambarkan dan menjalani pemeriksaan bukaan oleh doktor.
“Saya ada 6 orang anak.. ada yang czer dan normal. Cerita tentang normal contractions punya sakit tak tahu nak describe macam mana, doktor datang korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa!” tulisnya.
Bagaimanapun, Ozlynn turut berkongsikan ujian yang perlu dilalui buat para ibu yang bersalin secara czer dimana perlu menanggung kesakitan selepas kesan bius hilang dan proses berpantang sedikit rumit.
“Bersalin czer sakit tapi tak sakit macam bersalin normal. Tapi nak jaga lepas czer, sakit datang selepas habis bius. Proses berpantang pula, jaga yang bersalin normal lagi senang dari yang bersalin czer. Ada pros and cons setiap kelahiran,” katanya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut meminta tidak perlu membandingkan mengenai proses melahirkan kerana kedua-duanya perlu melalui kesakitan.
“Untuk saya, hargai saja setiap kelahiran, jangan sakiti hati setiap ibu. Masing-masing ada ujian nak melahirkan anak, semua ada struggle sendiri ya!
“Bersalin czer untuk aku nak jaga dan nak dapat semula perut yang slim hampir setahun. Sedangkan kalau bersalin secara normal, hanya tiga bulan perut dah kempis,” katanya.