“Azeva Ada Pakej Lengkap Untuk Pergi Lebih Jauh Sebagai Penyanyi” 

Penerbit terkenal Datuk A Aida berkata dia sudah pun menyusun perancangan kerjaya masa depan buat anaknya, Azeva yang juga peserta Talk To My Manager musim kedua

Memetik HibGlam, Aida berkata Azeva akan melancarkan beberapa single baru dan menyarankan anaknya lebih menumpukan pada nyanyian berbanding lakonan.

BACA: “Saya Cuba Berubah Secara Perlahan-Lahan, Saya Dah Mula Beli Tudung” – Azeva

“Saya memang minta dia fokus kepada nyanyian sebab berlakon saya kurang sarankan. Kalau berlakon drama bersiri 26 episod, tiga bulan kena ‘berkampung’ di set (penggambaran).

“Masa untuk diri sendiri dan keluarga pun tiada. Tetapi kalau menyanyi (buat persembahan), pergi dua jam sahaja sudah boleh balik. Cuma jika terbabit dalam projek filem saya bagi keizinan sebab itu skrin besar selain peluangnya juga berbeza,” katanya.

Sementara itu, Aida berkata Azeva bakal merakamkan single Sejiwa versinya sendiri dan akan tampil dengan lagu runut bunyi filem lakonannya pada Oktober depan.

“Banyak projek untuk Azeva bakal direalisasikan selepas ini terutama menghasilkan lagu duet bersama penyanyi, Zaki Yamani.

“Bagi saya, penyertaan dalam TTMM2 menjadi platform terbaik untuk memperkenalkan Azeva kepada khalayak. Saya percaya dia mempunyai pakej lengkap untuk melangkah lebih jauh sebagai penyanyi,” katanya.

Sumber: HibGlam

×