Tahniah diucapkan buat pasangan pengurus dan artis iaitu Adira dan juga Anggrek apabila dinobat sebagai juara Talk To My Manager 2 (TTMM2).
Adira dan Anggrek membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.
Tempat kedua disandang Jamilulhayat dan Hussain yang membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala Datuk Seri Vida dan Cik B di tempat ketiga membawa pulang RM10,000 dan trofi.
Sementara itu, Datuk A Aida dan Avza di tempat keempat serta Safura dan Kim Khairii di tempat kelima dimana masing-masing membawa pulang RM5,000.