Yusuh Bahrin ‘Belanja’ Badan Lepas Cerai, Netizen Puji Makin Kacak 

Pelakon Yusuf Bahrin menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik video memaparkan dirinya tanpa berbaju hangat diperkatakan netizen.

Menerusi hantaran berkenaan, Yusuf berkongsikan rutin hariannya termasuk meluangkan masa di gimnasium serta menjalani penggambaran.

BACA: Bekas PA Dakwa Yusuf Bahrin Tak Bayar Gaji?

“Semakin saya dewa, semakin saya faham bahawa kebebasan bukan sekadar tentang duit. Sebenarnya tentang kebebasan untuk meluangkan masa kepada perkara yang benar-benar penting dalam hidup,” tulisnya.

Diruangan komen, hantaran Yusuf itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terkejut kerana aktor berkenaan mendedahkan aurat secara terbuka.

Namun, ada yang memuji wajah tampan pelakon itu serta mengatakan Yusuf aktor kedua kacak selepas Zul Ariffin.

×