Amira Othman Bakal Bersalin, Fattah Amin Tolak Kerja Jauh

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada bulan ini.

Memetik BH Online, Fattah berkata dia kini hanya menerima tawaran kerja di Kuala Lumpur dan dalam keadaan bersedia sekiranya Amira menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin.

BACA: Ajar Mengaji, Fatima Panggil Fattah Amin ‘Ustaz Daddy’

“Saya hanya terima tawaran kerja di Kuala Lumpur dan Selangor, termasuk ‘job’ bulan depan,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia mengakui berdebar untuk menimang anak kedua meskipun sudah mempunyai pengalaman.

“Sejujurnya, saya memang agak berdebar walaupun ini bukan pengalaman pertama. Setiap kehamilan dan proses bersalin adalah berbeza, jadi, saya sendiri tidak dapat menjangka bagaimana keadaannya kali ini.

“Kadang-kadang apabila Mira mengalami kontraksi, saya mula risau dan tertanya-tanya sama ada itu petanda dia akan bersalin. Ada masanya kami terus merujuk doktor kerana sukar membuat andaian sendiri.

“Apa pun, saya hanya mengharapkan doa yang baik-baik dan semoga segala urusan Mira untuk melahirkan anak dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia dan Amira sudah mengetahui mengenai jantina anak mereka namun akan umumkan selepas kelahirannya kelak.

“Kami akan umumkan selepas bayi lahir,” katanya.

Sumber: BH Online

×