Pelakon Hisyam Hamid berkata perbuatan menduakan pasangan adalah tindakan yang tidak boleh diterima dalam rumah tangga.
Memetik HibGlam, Hisyam berkata mereka yang sudah berkahwin tidak sepatutnya membuka ruang mahupun jatuh hati dengan orang lain.
BACA: Hisyam Hamid Patut Jadi Penyampai Trofi, Netizen Dakwa Segmen Ditukar Saat Akhir
“Tiada istilah jatuh cinta lagi. Dalam hal ini apabila sudah ada isteri, jangan mengada-ngada nak jatuh cinta dengan orang lain.
“Nombor satu punya kesalahan yang tidak boleh dibuat dan tidak boleh berlaku apabila seseorang itu ada isteri, the biggest no-no ever (sangat terlarang),” katanya.
Sementara itu, Hisyam berkata dia tidak akan berbuat demikian atau berlaku curang sekiranya berada dalam perhubungan dan tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan.
“Saya secara peribadi pun apabila berada dalam sesuatu perhubungan, tidak akan berbuat sebegitu (curang). Ya, kita mungkin ada kesilapan dan kesalahan, tetapi perkara yang tidak boleh dimaafkan adalah tidak setia,” katanya.
Sumber: HibGlam