Awie Rupanya Berjiwa Sensitif, Mudah Menangis & Tersentuh Hati

Wajah dilihat garang dan tegas, penyanyi terkenal Datuk Awie sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan sensitif.

Memetik mStar Online, Awie berkata hatinya mudah tersentuh dan mengalirkan air mata jika ada perkara yang menyentuh hati.

BACA: “Jangan Jadi Artis Glamor Tapi Tidak Berilmu” – Awie Utamakan Pendidikan Anak

Katanya lagi, mungkin ada yang melihat dirinya selalu bergaduh namun sebenarnya sisi lainnya berbeza seperti yang disangkakan. 

“Ramai tak kenal sebenarnya sebab karekter saya ni jenis jiwa sensitif dan mudah mengalirkan air mata dengan benda tertentu, kadang-kadang dengar suara anak kucing tepi jalan pun boleh nangis.

“Mungkin jiwa saya begitu sebab mudah tersentuh dan kasihan tapi orang selalu lihat sisi lain yang saya ni garang dan selalu bergaduh, jauh daripada sudut hati bukan orangnya begitu,” katanya.

Dalam pada itu, Awie berkata dirinya seorang yang sayangkan anak-anak sehinggakan pernah menangis ketika persembahan kerana teringatkan arwah bapa dan ibunya.

“Saya sayang anak-anak, haiwan dan alam malah pernah waktu buat persembahan nyanyian lagu Musafir Di Aidilfitri terus menangis sebab terkenang arwah bapa dan ibu,” katanya.

Sumber: mStar Online

×