Fasha Sandha & Jemyma Tolak Offer TTMM2, Jejai Tak Izinkan

Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia dan anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma ada menerima tawaran menyertai program Talk To My Manager Musim kedua.

Memetik Media Hiburan, Fasha bagaimanapun berkata dia menghormati keputusan bekas suaminya, Datuk Rizal Ashram atau Jejai tidak memberi keizinan kepada Jemyma untuk sertai program berkenaan.

BACA: “Kalau Nak Judge Pun Saya Tak Kisah” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Tak Bertudung Dalam Drama

“Sejujurnya saya dan Putri Jemyma memang dah dipanggil untuk sertai program TTMM pada tahun ini.

“Tapi bekas suami saya tak benarkan Jemyma sertai program ini. Pada mulanya kami sekeluarga sangat teruja tapi perlu hormati keputusan bapanya. Dia mahu Jemyma fokus pada pelajaran terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata anak bongsunya Aisha Amaira mula menunjukkan minat dalam dunia hiburan dan mahu menyertai TTMM di masa akan datang.

“Aisha pula masih terlalu muda. Usianya baru lima tahun. Dia nampak agak berminat untuk sertai program ini. Jadi saya bawa dia untuk lihat sendiri bagaimana suasana program ini.

“Pada saya program ini sangat bagus. Dapat berikan peluang pekerjaan dan pengalaman yang baik buat bakat-bakat muda,” katanya.

Sumber: Media Hiburan

×