Penyanyi Sufian Suhaimi berkata dia lebih berhati-hati dalam menguruskan sumber pendapatannya lebih-lebih lagi yang diperoleh daripada karier nyanyiannya kerana bimbang mempunyai unsur syubhah.
Menerusi satu podcast, Sufian berkata dia mengambil langkah tersebut bagi menjaga keberkatan dalam hidup serta keluarganya.
BACA: “Jangan Panggil Saya Baby Pian Lagi” – Sufian Suhaimi Bakal Jadi Bapa
“Saya asing, tak sekalikan. Saya rasa begitu (syubhah). Duit dari hasil muzik saya tak pernah campur dengan bisnes Baby Pian. Saya takut kalau saya gunakan untuk kehidupan nanti tak berkat,” katanya.
Tambah Sufian lagi, wang daripada nyanyian juga tidak digunakan untuk perniagaan yang diusahakannya sebaliknya ianya digunakan ke arah barangan muzik.
“Guna untuk benda-benda tak berkaitan dengan sesuatu yang akan masuk ke dalam badan. Saya guna untuk barang-barang di studio, nak pergi bercuti, tengok wayang dan beli gadget. Nak bagi makan anak bini saya tak pakai duit menyanyi. Kahwin pun tak pakai duit menyanyi,” katanya.