Penyanyi terkenal, Datuk M Nasir memfailkan saman terhadap MyTeksi Sdn Bhd (Grab Malaysia) dengan tuntutan melebihi RM5 juta atas dakwaan menggunakan namanya tanpa kebenaran.
Menurut writ saman, MyTeksi didakwa menggunakan nama atau jenama M. Nasir tanpa kebenaran dalam iklan minuman sebagai “Kegemaran M. Nasir” di media sosial syarikat berkenaan iaitu grabmy dan grabfoodmy.
BACA: “Tak Tahu, Mungkin Penyamar” – M Nasir Nafi Balas Komen Netizen

Dfahamkan, saman tersebut difailkan pada 27 April lalu dimana Syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd. dan M. Nasir selaku plaintif pertama dan MyTeksi sebagai defendan tunggal dalam saman tersebut.
Sebelum itu kedua-dua plaintif telah menghantar notis tuntutan kepada MyTeksi pada Mei 2025 memaklumkan bahawa frasa “Kopi-kopi kegemaran M Nasir” dalam iklan tersebut adalah tanpa kebenaran yang menyalahi undang-undang.
Sementara itu, plaintif turut memohon mahkamah mendedahkan penyata keuntungan yang diperoleh daripada penjualan minuman yang dipasarkan menggunakan nama “Kegemaran M. Nasir” dalam tempoh tujuh hari.
Plaintif menuntut ganti rugi yang akan ditaksir oleh mahkamah atau alternatifnya penyerahan keuntungan yang diperoleh daripada jualan tersebut, bersama ganti rugi.
M Nasir dan Luncai Emas turut menuntut RM3 juta sebagai ganti rugi teladan serta RM2 juta sebagai ganti rugi teruk.
Sumber: Utusan