Isteri Kembali Jalani Rawatan IVF, Achey Mohon Doa

Pelawak Achey memaklumkan isterinya, Nor Hasanah Yahya kembali menjalani proses rawatan IVF sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Achey turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

BACA: Achey Hadiahkan Isteri Proton X50 Sempena Hari Lahir

Sementara itu, perkongsian isteri Achey yang lebih mesra disapa Anne memaklumkan anaknya, Nur Tiara Zinnirah yang sudah teruja untuk mempunyai adik. 

“Tiara balik sekolah terus tanya baby…Mama takut sebenarnya…takut kakak terlalu berharap nak adik,mama takut kecewakan kakak lagi.

“Mama ayah usahakan selagi kami mampu ya sayang…mama ayah sayang awak sangat-sangat…terima kasih pada semua yang doakan kami,” katanya.

Terdahulu, pada 2022 Achey memaklumkan isterinya menjalani rawatan IVF namun tidak berjaya.

Untuk rekod, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan itu mempunyai seorang anak angkat kini berusia 8 tahun. 

×