“Kalau Pergi Karaoke Bolehlah” – Cik B Sedar Suara Tak Sedap

Dikecam sepanjang menyertai program Talk To My Manager, pempengaruh media sosial, Cik B berkata dia sudah lali dengan kata-kata dilemparkan terhadapnya.

Memetik mStar Online, Cik B berkata dia sedar dengan komen diberikan netizen namun memilih untuk tidak terlalu berfikir.

BACA: Didakwa Popular Kerana DSV, Cik B Jawab “Kenapa Kena Kalau-Kalau, Boleh Tukar Mak Ke?” 

Jelas Cik B lagi, program disertainya itu bukan melihat pada nyanyian semata-mata sahaja tetapi pada persembahan.

“Saya sebenarnya tak rasa apa-apa (baca komen). Saya bukan nak kata tak kisah cuma sudah terbiasa.

“Saya juga sedar dengan kritikan-kritikan diberikan. Saya tak pduli krana orang yang cakap pasal saya pun, saya tak kenal mereka. Kalau mereka tak suka pun tak ada impak bagi saya,” katanya.

Sementara itu, Cik B berkata dia terharu melihat sokongan luar biasa daripada penonton ketika persembahannya Ahad lalu namun mengakui suaranya tidak sedap.

“Saya teruja lihat semua penonton berdiri terhibur dengan persembahan lalu. Tapi suara saya tak sedap, jujurlah suara saya ini bukan macam penyanyi lain. Suara biasa-biasa kalau pergi karaoke bolehlah,” katanya.

Sumber: mStar Online

×