“Lelaki Yang Suka Curang Tak Layak Jadi Suami”

Pelakon Isa Khan berpendapat lelaki yang tidak setia dalam perhubungan tidak layak untuk menjadi seorang suami.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Isa berkata bagaimana mereka mahu menjadi imam dalam keluarga jika berlaku curang sebelum berkahwin lagi.

BACA: “Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

“Lelaki yang suka curang ni tak layak menjadi suami, macam mana nak jadi imam dalam keluarga kalau belum kahwin pun dah curang,” tulisnya.

Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju bahawa kepercayaan merupakan asas utama dalam perkahwinan.

Malah, ada netizen mengatakan lebih membimbangkan lelaki yang sudah berkahwin kini banyak berlaku curang dengan isteri.

×