Kaka Azraff Sah Cerai Talak Dua

Penyanyi Kaka Azraff sah bercerai talak dua dengan suaminya, Adam Azriff di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.

Memetik mStar Online, Kaka berkata dia reda dengan segala ketentuan serta menjadikannya sebagai pengajaran dalam hidup.

BACA: “I Love You a Trillion” – Kaka Azraff, Bekas Suami Dah Kembali Rujuk?

“Iya benar. Cerai itu berlaku semalam. Talak dua pada pukul 9 pagi. Saya terima ini sebagai satu pengajaran dalam hidup,” katanya.

Sementara itu, Kaka berkata mereka sudah melakukan yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga dan fokus utama kini adalah pada tiga cahaya mata mereka.

“Inilah hidup. Ia mengaja kita untuk cuba buat yang terbaik. Sudah cuba buat yang terbaik tapi tidak menyebelahi apa yang kita impikan. 

“Rasa puas untuk mencuba itu cukup. Sekurangnya kita dah mencuba. Ini bukan nak salahkan sesiapa, ini takdir dan terima hakikat.

“Sekarang teruskan perjalanan hidup dengan tiga cahaya mata,” katanya.

Sementara itu, Kaka berkata kehidupan perlu diteruskan apatah lagi dia akan menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal yang diakui akan berdepan pelbagai cabaran.

“Ibu saya besarkan saya sebagai single mother. Tapi bercerai mati. Bukan mudah, tapi inilah kehidupan. Saya ambil sebagai pengajaran untuk perbaiki diri menjadi lebih baik,” katanya.

Sumber: mStar Online

×