Pelakon Emma Maembong menjadi perhatian apabila dilihat bersama deejay kelab malam, DJ Kidd dalam satu gambar yang dikongskan oleh rakan mereka.
Menerusi satu hantaran di Threads, Emma dan DJ Kidd bersama dua lagi rakan mengenakan baju berwarna putih.
BACA: Emma Maembong Terkilan DJ Kidd Umum Berpisah Secara Terbuka, Tak Tutup Pintu Jodoh

Turut menjadi perhatian, rakan mereka turut menulis kapsyen ringkas ‘love birds’.
Diruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira seandainya mereka kembali bersama. Malah, DJ Kidd turut meninggalkan komen emoji hati berwarna putih.

Terdahulu, DJ Kidd mengesahkan dia dan Emma bukan lagi pasangan kekasih serta mendoakan kebahagiaan aktres berkenaan.