Pelakon Sharifah Sakinah tampil menjawab apabila dilihat mengikuti media sosial pempengaruh sensasi, Tareq Fit.
Menerusi satu temu bual, Sakinah berkata dia mengikuti pempengaruh itu untuk mendapatkan inspirasi berkenaan nutrisi serta pemakanan sihat yang dikongsikan.
BACA: “Nak Cabar Siapa Tu Sakinah? Moga Allah Kurnia Hidayah” – Netizen
Bagaimanapun, Sakinah berkata dia terkejut melihat perkongsian Tareq yang didakwa mencetuskan provokasi serta menyerang segelintir individu.
“Kesejahteraan itu bermula daripada minda. Tareq anda kena rawat emosi, minda dan cara percakapan. Apabila bercakap tentang kebencian, sebenarnya anda bekerja dengan syaitan,” katanya.
Dalam pada itu, Sakiah turut mempertahankan rakan-rakan industri serta mempersoalkan mengapa pempengaruh itu mengatakan seni itu haram kerana baginya kecergasan juga adalah seni
“Cara pernafasan ketika bersenam, cara bercakap ketika mengajar, semuanya seni. Segala-galanya ialah seni. Jadi kenapa dia mengatakan seni itu haram?” katanya.