Anak kepada penyanyi terkenal Ameng Spring yang juga penyanyi Ammar Haikal menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran di Threads.
Menerusi hantaran tersebut, Ammar meluahkan rasa syukur dilahirkan dalam keluarga yang disifatkan sempurna baginya.
BACA: “Buka Buku Baru, Saya Halalkan Semua Dosa Ameng” – A Aida

“Terima kasih Ya Allah lahirkan saya dalam keluarga yang sempurna,” tulisnya ringkas.
Dalam hantaran tersebut, Ammar turut memuat naik gambar memaparkan momen bersama ibu bapanya ketika kecil dan terkini.
Terdahulu, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 atas kesalahan berkaitan dadah.