Nama Sarah Yasmine menjadi perhatian apabila seorang individu mendakwa pempengaruh media sosial dari Singapura itu tidak memulangkan barang yang dipinjam daripadanya.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang wanita berkongsikan pengalaman ketika dia bekerja dia sebuah pusat kecantikan.
BACA: “2 Tahun Saya Tunggu” – Sarah Yasmine Tuntut Bella, Didi Astillah Tunai Janji

Dakwa wanita itu, individu tersebut datang untuk membuat sambungan bulu mata dan pada malamnya bertanyakan mengenai seterika.
Wanita itu mendakwa lagi, dia meminjamkan dua seterika namun hanya satu sahaja yang dipulangkan dan lagi satu masih belum dipulangkan semula.
Hantaran wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun sehingga kini tiada lagi kenyataan daripada Sarah mengenai dakwaan berkenaan.
