Usahawan Iqbal Zulkifli meluahkan rasa kecewa susulan dakwaan anak kepada Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengatakan dirinya ‘attention seeker’ dan narsistik.
Menerusi satu perkongsian di Intagram, Iqbal akui kesal kerana tidak mendengar nasihat orang ramai untuk tidak lagi mendekati usahawan itu agar tidak lagi terus dihina.
BACA: “Dengar Nama Dia Pun Dah Serabut” – Cik B Tak Benarkan DSV Kembali Kepada Iqbal
Jelas Iqbal lagi, perkongsiannya mengenai penampilan Vida bukan untuk bersama kembali dan namun dia menghormati seandainya bekas majikannya itu tampil sedemikian.
Tambahnya lagi, perjumpaan mereka ke rumah terbuka Datuk Seri Aliff Syukri tidak dirancang, malah ketika live dia turut mengatakan seandainya kehadirannya itu menganggu.
“Dalam live saya beritahu, jika kehadiran saya ini menganggu dan sudah melupakan saya seratus peratus, saya pun tak akan menganggulah,
“Saya pun dah ada kehidupan saya, dengan anak saya Zyad dah berumur empat tahun. Saya berasa terhina. Duit ni boleh menghina orang. lebih 10 kali saya minta maaf
“Kalau sudah tidak mahu diganggu, saya juga tidak akan ganggu. Saya juga tidak beriya untuk berkahwin balik ke,” katanya.
Sementara itu, Iqbal berkata Cik B mempunyai hak untuk membela ibunya namun kesal dengan kata-kata pempengaruh itu serta menegur jangan biadab dan tidak menggunakan kata-kata yang kasar.
“Mak ayah didik orang dengan beradab. Kalau saya tak marah anak saya, siapa salah? saya yang salah
“Mungkin mereka alami kehidupan yang pelbagai dilema. Tak apalah. Bila besar masih biadap, itu namanya biadap! Ingat saya nak terhegeh-hegeh sangat ke dekat mak awak tu?
“Cik B berhak untuk membela ibu Cik B sebab itu keharmonian rumah tangga Cik B dengan mama semua. Tapi Cik B jangan sampai tahap yang biadap. perkataan yang kasar, kesat kepada orang dan jangan nampak kita je yang betul,” katanya.
Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas apa yang berlaku serta mendoakan buat Vida serta anaknya.