Suami kepada pelakon Azar Azmi memohon pertimbangan mahkamah untuk mengurangkan wang jaminan sebanyak RM25,000 yang dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Memetik Astro Awani, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri memberitahu permohonan itu dibuat kerana memerlukan wang bagi menjalani rawatan kesihatan dan menanggung anak-anak.

BACA:  Suami Azar Azmi Rayu Kurangkan Jaminan, Isteri Tak Kerja & Perlu Tanggung 9 Anak

Difahamkan, tertuduh hadir ke mahkamah hari ini dengan keadaan sebelah kaki yang terhincut-hincut memaklumkan baru keluar dari hospital dan menjalani pembedahan penyakit gout 

“Saya sebenarnya baharu keluar dari hospital. Kalau boleh saya nak minta jaminan dikurangkan kerana saya perlu menggunakan duit untuk buat ekokardiogram dan angiogram.

“Saya dah tanya hospital, kos untuk prosedur tersebut antara RM9,000 ke RM10,000. Saya juga perlu duit untuk perbelanjaan anak-anak kerana tiada siapa yang tanggung,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Ezzati Mohd Zainal memohon mahkamah mengekalkan jumlah jaminan tersebut kerana kes dilakukan merupakan jenayah komersial yang serius.

Malah, sehingga kini tiada sebarang bukti dikemukakan oleh tertuduh berkenaan sakit atau rawatan yang diperlukan oleh tertuduh bagi menyokong alasan yang diberikan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM21,000 dengan mengekalkan syarat-syarat tambahan ditetapkan sebelum ini dan sebutan ditetapkan 20 Mei depan.

Sumber: Astro Awani

×