Azar Azmi Menangis Terima RM40,000 Dari Aliff Syukri

Pelakon Azar Azmi tidak dapat menahan sebak apabila menerima bantuan orang ramai kira-kira RM40,000 hasil jualan produk dalam satu siaran langsung bersama usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri.

Dalam sesi siaran langsung tersebut, Datuk Aliff tampil membantu Azar dan hasil tersebut diberikan orang ramai melalui pembelian produk.

BACA: “Nak Dibandingkan Pasangan Lain, Saya Cemburu” – Azar Azmi

Difahamkan, Azar ke kediaman Aliff untuk berbincang urusan tawaran kerja serta mendedahkan tiada akaun bank kerana sudah dibekukan.

“Dia datang pada saya, minta kerja sebagai tukang ‘packing’ barang dengan gaji RM1,700.

“Tapi hari ini saya bantu dia, rakyat Malaysia sayang dia. Ini bukan duit saya tetapi milik rakyat Malaysia,” kata Aliff

“Untuk pengetahuan, saya tiada akaun (bank). Semua dah tak ada, mereka sudah ‘freeze’,” dedah Azar.

Sementara itu, Azar berkata dia mahu menggunakan wang berkenaan untuk membeli keperluan anak-anak serta menerima apa saja kerja yang ditawarkan.

“Duit ini saya nak beli barangan keperluan untuk anak. Saya segan, tak tahu nak cakap apa dan tidak tahu sudah berapa lama tiada duit.

“Saya terima apa sahaja tawaran kerja yang Datuk berikan. Tetapi, jumlah duit (diterima) ini sebenarnya terlalu banyak. Sejujurnya saya terhutang budi.

“Semua yang Datuk lakukan sudah melebihi dari sepatutnya,” katanya.

×