Pelakon Datuk Aaron Aziz berkata dia kini lebih selekfit dalam menerima tawaran lakonan terutama jika melibatkan babak bersentuhan dengan pelakon berlainan jantina.

Memetik HibGlam, Aaron berkata usianya kini sudah mencecah 50 tahun dan mahu menjaga batasan sebagai seorang Muslim namun mengakui bukan mudah kerana memenuhi kehendak pengarah.

BACA: Aaron Aziz Akui Dah Berusia, Kena Drip Empat Beg Air Lepas Babak Bertarung

“Kalau boleh saya dah tak nak bawa babak dukung dan bersentuhan. Kalau sentuh pun ada halal ‘gap’, berbaju, berlapik dan tak kena kulit.

“Saya pun dah masuk 50-an. Mana tahu kubur sudah memanggil, kena jagalah,” katanya.

Sementara itu, Aaron berkata dia sudah lama cuba mengurangkan babak intim serta lebih tegas untuk pastikan lakonan tidak melampaui batas.

“Sebenarnya dah lama cuba, kadang-kadang kena faham ‘screen play’, pengarah dan terpaksa buat. Tapi tak adalah keterlaluan macam dulu peluk-peluk atau rapat-rapat. Selagi boleh ‘cheat’ kita buat.

“Pihak produksi faham sebab kontrak dengan manusia, kita jaga tapi kontrak dengan Allah tak jaga,” katanya.

Sumber: HibGlam

×