Pendakwah bebas, PU Riz berkongsi pandangannya mengenai isu menegur ahli keluarga menerusi satu podcast popular.
Menerusi podcast berkenaan, PU Riz berkata teguran tetap diberikan namun perlu dilakukan secara beradab dan siapa yang paling tepat untuk memberikan teguran.
BACA: Neelofa Lebih Tenang Tak Dedah Wajah Anak, PU Riz Tunggu Sehingga Boleh Dakwah
“Secara umum, bila kemungkaran berlaku, kena tegur. Tetapi, setiap orang ada peringkat tanggungjawab sendiri.
“Kalau awak nak tegur adik saya, saya pun kata eh kau jangan. Walaupun adik saya tak sempurna, saya rasa tak betullah. Sebab dia pun ada mak bapa dia,” katanya.
Sementara itu,PU Riz berkata tanggungjawab dalam memberikan teguran adalah kepada ahli keluarga terdekat.
“Ahli rumah kita siapa? Isteri kita, anak-anak kita, orang gaji dalam rumah kita. Kena ajar. Fardu ain kena ajar. Saya sendiri sediakan kelas al-Quran untuk pembantu rumah saya dan saya tak ambil ringan soal ini,” katanya.
Dalam pada itu, PU Riz mengakui penat apabila ada yang mempersoalkan sama ada dia menegur ahli keluarganya sendiri.
“Setiap kali saya cakap orang akan kata tegurlah keluarga kau dulu, pergi ambil cermin sendiri. Adakah saya diam? Tak, saya tak diam. Siapa pun buat silap apatah lagi ahli keluarga kita tetap tegur,” katanya.