Season Baru Ekonomi Rakyat, KUSKOP Masuk Mod All-Out

Kalau ekonomi Malaysia ni game, 2026 ialah season baru yang datang sekali dengan cabaran tahap hard mode. Dalam Majlis Amanat KUSKOP 2026 yang berlangsung baru-baru ini, YB Steven Sim sediakan roadmap besar untuk bawa usahawan kecil, mikro dan koperasi keluar dari mode survive ke mode scale-up.

Ini bukan lagi janji manis, tapi plan yang terus sentuh benda paling menyakitkan dalam dunia bisnes iaitu produktiviti rendah, birokrasi leceh, susah dapat modal, dan pasaran yang sempit.

Beliau lebih menekankan bahawa golongan usahawan tidak boleh buang masa. Dunia bisnes berubah laju, kos makin naik, teknologi makin laju, dan kalau kerajaan masih bergerak macam 10 tahun lepas, PMKS dan koperasi memang akan terus tersepit di tengah-tengah.

2026 bukan tahun biasa. Tahun ini akan start RMK-13, dan KUSKOP dah susun 217 program dengan bajet RM754 juta. Bunyinya besar, tapi mesej sebenar sangat simple, duit dan program ni bukan semata-mata untuk cantikkan laporan tahunan. Tetapi beliau mahukan lebih 400,000 usahawan dan koperasi yang betul-betul rasa perubahan, bukan sekadar dengar cerita.

Daripada situ, YB terus drop “ABCD” versi KUSKOP. Bukan ABC hafal masa tadika, tapi empat benda paling kritikal dalam bisnes hari Ini iaitu, Anjakan Produktiviti, Birokrasi Dipermudah, Capaian Modal, dan Daya Akses Pasaran.

Menurut beliau, dalam bidang produktiviti, “kita tak boleh lagi bangga kerja sampai lewat malam tapi hasil biasa-biasa, produktiviti sebenar ialah bila buat kerja lebih cepat, lebih tepat, dan dengan kos lebih rendah dan jawapannya pada teknologi.

Tambahnya lagi, automasi, pendigitalan, sistem yang kemas, semua ini bukan benda fancy, tapi keperluan. Tenaga kerja pun kena upskill, bukan setakat tahu buat benda sama sejak 2015.

Lepas tu masuk isu yang semua usahawan pernah marah dalam hati iaity birokrasi. YB Steven Sim secara jujur menegaskan kerajaan perlu berhenti jadi “penyusah cara”. Proses lesen yang lambat, borang yang bertimbun dan kelulusan yang tak berkesudahan semua ni sebenarnya menghabiskan masa, duit dan tenaga usahawan.

Target baharu beliau adalah cepat, telus dan efisien. Setiap jam yang usahawan jimat daripada urusan pejabat, sebenarnya satu jam tambahan untuk kembangkan bisnes.

Bab modal menurut beliau, ramai usahawan yang idea power tapi sangkut sebab susah dapat pembiayaan. Proses rumit, tunggu lama, syarat ketat. Jadi KUSKOP nak rombak cara pembiayaan bagi lebih cepat, lebih mudah, dan lebih inklusif, termasuk untuk yang selalu terpinggir. Modal sepatutnya jadi booster, bukan tembok penghalang.

Bila sentuh bab pasaran, vibe dia terus jadi global. Produk tempatan tak boleh lagi setakat jadi hero pasar malam atau pekan sendiri. Targetnya ialah e-dagang, eksport, rantaian bekalan global, dan kerjasama dengan syarikat besar. Dalam masa sama, pasaran domestik pun kena lebih tersusun, dengan business matching yang betul-betul connect orang kecil dengan orang besar.

Tapi point paling menarik bukan pada ABCD tu saja. Yang betul-betul serious ialah Agenda Rekayasa KUSKOP.

Rekayasa ni pada asasnya “sistem operasi” baharu untuk kementerian. Nak buang proses bertindih, buang yang tak masuk akal, turunkan kadar faedah pembiayaan, dan ringkaskan permohonan yang selama ni buat orang give up separuh jalan. Matlamat akhirnya adalah kos buat bisnes kena turun, bukan naik.

Tambahnya lagi, semua strategi ABCD dan Agenda Rekayasa ni, takkan jadi apa-apa kalau sekadar tinggal atas kertas. Kunci sebenar ialah sinergi dan pelaksanaan. Budaya kerja sambil lewa kena ditinggalkan. Tembok birokrasi kena dirobohkan. Setiap warga KUSKOP kena rasa yang kerja mereka hari ni menentukan masa depan usahawan di luar sana.

Beliau juga menekankan tiga benda sebagai “standard baharu” untuk kementerian iaitu pantas bertindak, berani berinovasi, dan telus berkhidmat.

×