Sukarelawan Global Sumud Flotilla, Hazwani Helmi memberi penjelasan mengenai dakwaan netizen dia menggunakan iPhone 17 ketika di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik semula di Threads, Hazwani menjelaskan telefon tersebut merupakan pemberian orang dan dia manfaatkan peranti tersebut untuk keperluan membuat kandungan video.
BACA: “Silap Berjodoh Dengan Kematian Dulu” – Hazwani Pesan Hargai Masa Single
“Sebenarnya, iPhone itu pemberian orang tak sangka pula jadi isu yang sangat besar. Tujuan saya memakainya sekadar untuk meraikan dan mempunyai storage yang lebih banyak sebab saya melakukan proses suntingan video sendiri jadi untuk mudahkan urusan, saya guna telefon tersebut,” katanya.
Sementara itu, Hazwani berkata jika ada perisian lain yang setanding dia tidak teragak-agak untuk memilih jenama lain berbanding telefon berkenaan.
Malah,Hazwani turut menjelaskan bahawa jenama Android juga antara merupakan penyumbang terbesar kepada Zionis.
“Kalau ada software yang sebagus ini semestinya saya akan memilih produk tempatan ataupun telefon lain berbanding iPhone.
“Cuma ada benda baru yang saya nak kongsikan, sebenarnya, Android adalah salah satu penyumbang terbesar juga. iPhone rasanya 20% dan Andorid dalam 70%,” katanya.