Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Lepas 8 Tahun Kahwin

Penyanyi Indah Ruhaila  berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan olehnya menerusi satu hantaran memaparkan video serta gambar menampakkan baby bump bersama suami tercinta, Ahmad Shariff.

Dalam hantaran tersebut, Indah turut meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat serta mengatakan Allah sebaik-baik perancang.

Untuk rekod, Indah dan Ahmad Shariff mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2017.

×