Bekas isteri kepada pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani meluahkan rasa syukur urusan perceraian telah pun selesai.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Syazwani turut memohon doa agar urusannya dipermudahkan serta kehidupannya bersama anak lelakinya baik-baik sahaja.
BACA: Faisal Halim Sah Bercerai Talak Dua

“Alhamdulillah selesai semuanya.. tq En Rosdan Sujak semoga seterusnya berpihak kepada saya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan anak saya menjalani kehidupan di hari yang mendatang,” tulisnya.
Turut menjadi perhatian, Syazwani menyertakan tanda pagar #curangitupilihanbukankebetulan pada akhir hantaran tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat serta mendoakan dipermudahkan urusan Syazwani selepas ini bersama anaknya.
Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.