fbpx

Ini gambar terbaik Karam Singh Walia yang boleh kami temui di Google dan terima kasih kepada pemilik asal gambar ini.

Bernama hari ini melaporkan yang wartawan peribahasa TV3, Karam Singh Walia telah di’kurniakan dengan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Karam Singh Walia menerima anugerah tersebut bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah yang ke-81 hari ini.

Kepada yang tidak kenal siapa Karam Singh Walia, beliau merupakan wartawan TV3 yang sangat berani mengetengahkan isu alam sekitar & masyarakat bukan seperti kami yang asyik sibuk dengan gossip selebriti — entah bila boleh terima anugerah kebesaran.

Satu fakta menarik berkaitan Karam Singh Walia adalah beliau memiliki sebuah buku yang mengandungi lebih 4,000 peribahasa Melayu yang beliau bawa ke’mana mana sahaja sebagai rujukan — untuk trademark beliau.

Tahniah dari kami di Rotikaya HQ kepada Karam Singh Walia atas pencapaian ini dan sekali lagi kami ingin ungkit — kenapa nama AC Mizal masih belum ada dalam senarai?